Para peminat telefon pintar jenama terkenal Apple, pasti tidak sabar menanti siri iPhone terbaharu, iPhone 13 yang baru sahaja dilancarkan dan akan dipasarkan di Malaysia bermula 8 Oktober depan.
Namun, terbaharu pendedahan Bloomberg, iPhone 14 akan hadir dengan rekaan serba baharu.
Difahamkan, pihak Apple sendiri sedia mengikut jadual pengenalan rekaan baharu setiap dua generasi telefon pintar mereka.
Mengikut desas-desus awal, iPhone 14 dijangka memperkenalkan skrin berlubang kecil untuk menyertakan kamera hadapan – sekaligus menggantikan rekaan takuk sebelum ini.
Malah, sebelum turut diperkatakan iPhone 14 akan mengambil sejumlah inspirasi rekaan berasaskan iPhone 4 sebelum ini.
Ura-ura terbaharu turut mengatakan ia tidak akan menyertakan bongol kamera seperti pada iPhone masa kini.
iPhone 13 belum dipasarkan dalam negara. Timbul pula khabar angin reka bentuk unik iPhone 14. Sama-samalah kita tunggu dan lihat ya.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply