Liputan rangkaian 3G dalam negara akan ditutup sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, rangkaian 3G akan ditutup secara berperingkat sementara liputan rangkaian 4G juga akan ditingkatkan.
“Hanya rangkaian 4G dan 2G yang tersisa, kerana 2G masih penting untuk penggunaan telefon,” katanya kepada Bernama semasa lawatan kerjanya ke Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perlis,” ujar beliau.
Tambahnya, pelancaran 5G di Perlis oleh Digital Nasional Berhad (DNB) akan dilaksanakan bermula tahun 2023 hingga 2026 yang turut membabitkan 59 lokasi dan perkara itu telah dibincangkan dengan Kerajaan Perlis pada 23 Ogos 2021.
“Kami berbincang dengan SKMM mengenai kawasan di Perlis yang belum mendapat liputan, dan kami akan berbincang dengan wakil rakyat masing-masing untuk mengenal pasti kawasan yang tidak mempunyai liputan rangkaian, dan mereka akan diselesaikan secara berperingkat,” ujar beliau.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply