Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAStatus “Alhamdulillah” cetus teka-teki peminat, Iman Troye bertunang dengan Naim Daniel?

Status “Alhamdulillah” cetus teka-teki peminat, Iman Troye bertunang dengan Naim Daniel?

Benarkah hubungan penyanyi lagu ‘catchy’ berjudul Teman, Iman Troye dan pelakon Naim Daniel yang dikatakan sedang berkasih kini melangkah ke fasa baru?

Perkongsian Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 19, di Instagram berupa gambar dirinya sedang duduk di atas pelamin dengan busana tradisional berona hijau sambil memegang sejambak bunga mengundang tanda tanya ramai.

Kapsyen ‘Alhamdulillah’ pada posting berkenaan menambah keyakinan pengikut berkenaan hubungan mereka.

Malahan menerima maklum balas positif peminat di ruang komen.

Haha! Jangan tertipu ya! Rupa-rupanya majlis itu adalah pernikahan salah seorang ahli keluarga Iman dan posting tersebut hanya gurauan semata-mata selepas dijelaskan oleh seorang jurugambar di Instagram @budak.tadika.

Terdahulu, kedua-dua mereka menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa dan menganggap ianya tidak lebih dari sekadar ‘abang dan adik’. Hmmm… kalau benar pun, apa salahnya. Sama-sama solo kan..–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments