Lebih sebulan menahan sakit, penyanyi Elyana dimasukkan ke hospital semalam.
Elyana yang menghidap kanser limfoma semenjak 10 tahun lalu, menyampaikan khabar terbabit menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagramnya.

“Lebih sebulan menahan sakit sampai tak tidur. Akhirnya saya mengalah. Hari ni masuk painkiller, steroid dan ambil darah.
“Covid-19 test memang wajib. Esok check jantung. Lusa buat pet scan. Seterusnya chemotherapy. Bismillahirrahmannirrahim. You can do it Nana!” tulisnya.
Di ruangan komen, rakan artis seperti Elizad, Akma Abdullah, Didie Alias dan peminat menitipkan kata-kata semangat agar Elyana terus kuat melawan penyakit.
Elyana dimasukkan ke hospital dan menjalani proses radioterapi untuk merawat kanser yang dihidapinya pada Jun lalu.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply