Lapor Bernama, setakat jam 9 pagi tadi, seramai 88 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri jumlah berkenaan meningkat berbanding 22 orang daripada sembilan keluarga setakat jam 5 petang semalam.

“22 mangsa membabitkan sembilan keluarga kini berada di PPS Dewan Muhibah Kampung Tombol.
“30 mangsa daripada lapan keluarga pula berada di PPS Dewan SRJK Chung Hwa, manakala 36 orang lagi penduduk daripada sembilan keluarga berada di PPS Dewan SK Tamau.
“Hujan lebat yang berterusan menyebabkan air di tiga sungai utama naik mendadak sehingga mengakibatkan banjir di beberapa kawasan sekitar daerah ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama sebanyak 10 jalan turut terjejas namun masih boleh dilalui.
“Antara jalan berkenaan termasuklah Jalan Kampung Bobot, Jalan Siasai Tamu, Jalan Lebak Moyoh Bypass Kudat, Bulatan Lebak Moyoh, Jalan Kudat Kampung Timbang dan Kampung Tambilaung.
“Jalan yang hanya boleh dilalui kenderaan berat iaitu Jalan Kampung Menunggui, Jalan Kampung Linau, Jalan Kampung Kota Belud, Jalan Kampung Sembirai dan Jalan Labuan,” katanya.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply