Pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 kepada orang awam, mulai awal bulan depan.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata kumpulan rentan atau golongan berisiko tinggi yang dikenal pasti KKM akan diberi keutamaan menerima suntikan dos berkenaan.

“Antara mereka yang diberi keutamaan ialah warga emas yang mempunyai masalah kesihatan kronik, petugas barisan hadapan yang mempunyai penyakit berisiko tinggi, individu yang mempunyai sistem imun yang lemah serta individu yang berada dan bekerja di pusat jagaan warga emas.
“Ini amat penting kerana berdasarkan data kematian dan data pesakit kategori lima yang masuk ke unit rawatan rapi (ICU), kebanyakan mereka terdiri daripada golongan terbabit, termasuk warga emas yang ada masalah jantung, kencing manis, hipertensi dan sebagainya,” katanya.
YB Khairy berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat daripada pengeluar vaksin COVID-19 bagi didaftarkan di bawah Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
“Untuk dos ketiga, kita perlu dapatkan kebenaran NPRA sebab badan berkenaan hanya beri kebenaran untuk suntikan dua dos vaksin jenis Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca.
“Semua pengeluar vaksin ini telah diminta hantar maklumat dos penggalak kepada NPRA.
“Saya jangka dalam tempoh seminggu dua boleh diluluskan. Selepas itu saya akan buat pengumuman jenis vaksin apa, boleh campur atau tidak. Bekalan vaksin pula saya yakin mencukupi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja dan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) siang tadi.
Turut hadir Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin COVID-19 bagi golongan rentan dengan langkah itu akan dilaksana selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara mencapai 80 peratus.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply