Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATanah runtuh di Kemensah Pergerakan aliran air bawah tanah selepas hujan lebat

Tanah runtuh di Kemensah Pergerakan aliran air bawah tanah selepas hujan lebat

Pergerakan aliran air bawah tanah selepas hujan lebat di kawasan itu dipercayai punca runtuhan tanah yang menjejaskan bahagian belakang 19 rumah teres dua tingkat di Jalan Kemensah Heights semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, aliran air bawah tanah berkenaan menyebabkan struktur tanah menggelongsor pada 9.30 malam tadi (Jumaat), yang turut menyekat aliran sungai di bawah bukit daripada terus mengalir.

“Ketika ini, pihak saya bersama polis dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya giat memindahkan mangsa untuk ditempatkan di dewan orang ramai.

“Malah, kerja-kerja pencerunan akan dilaksanakan pagi ini bersama pihak berkaitan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian awal pagi tadi.

Foto : Bomba Selangor

Dalam kejadian tanah runtuh semalam, sebanyak 19 rumah teres dua tingkat membabitkan 28 keluarga terjejas akibat insiden tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments