Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACovid-19 : Pelancong positif dibawa ke CAC, dikuarantin

Covid-19 : Pelancong positif dibawa ke CAC, dikuarantin

Di Langkawi pelancong yang dikesan positif sebaik tiba di Pulau peranginan itu dibawa ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) sebelum diminta menjalani kuarantin 10 hari.

Menurut laporan media, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan

Ia termasuk membuka Pusat Kuarantin dan Rawatan (PKRC) di Lapangsasar Antarabangsa Langkawi Malaysia (LISRAM).

“Penduduk tempatan tidak perlu risau, kita ada cukup anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) termasuk kakitangan KKM bertugas di pintu masuk.

“Jika ada yang terlepas dan dikesan positif, kita akan bawa terus ke CAC dan jika perlu mereka boleh dirawat di Hospital Sultanah Malihah atau memilih kuarantin di hotel atau di PKRC,” katanya pada sidang media selepas menyambut ketibaan pelancong hari ini.

Anggota pasukan keselamatan dan kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) mencukupi bagi memantau kemasukan pelancong sebaik mereka tiba di lapangan terbang atau terminal feri.

Seramai 3,200 pelancong domestik dijangka tiba di Langkawi melalui 18 penerbangan dan tiga perjalanan perkhidmatan feri sempena pembukaan semula pulau itu di bawah projek rintis gelembung pelancongan.

Mengulas mengenai beberapa lokasi tumpuan di negeri lain kotor akibat kehadiran pengunjung yang ramai, beliau berharap perkara itu tidak berlaku di Langkawi.

“Kita di Langkawi agak berbeza kerana pelancong yang datang masuk melalui pesawat atau feri dan mereka hanya membawa beg pakaian dan mengambil peluang membeli-belah di sini.

“Apa yang terjadi di lokasi terbabit adalah pengunjung membawa makanan dan berkelah menyebabkan ada sisa sampah, tetapi pelancong di Langkawi banyak yang makan di kedai,” katanya.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments