Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPertembungan tiga penjuru pada PRU ke-15 rugikan BN Johor - Dr Abd....

Pertembungan tiga penjuru pada PRU ke-15 rugikan BN Johor – Dr Abd. Latiff

Perikatan Nasional Johor berpendapat, pertembungan tiga penjuru pada Pilihanraya Umum ke-15 bakal merugikan lagi pihak BN Johor.

Menurut Pengarah Pilihanraya PN Johor, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad, ini terbukti apabila Barisan Nasional Johor tewas 37 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya umum ke 14 lalu.

Ujar beliau, Perikatan Nasional Johor kini bersiap siaga, untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen jika parlimen di bubar pada bila-bila masa.

Pun begitu katanya, PN Johor sentiasa membuka pintu rundingan dengan mana-mana pihak, termasuk BN-UMNO, bagi mengelak pertembungan tiga penjuru.

“Perikatan Nasional (PN) Johor menyeru parti-parti politik agar kurangkan “politicking”, dan seluruh Bangsa Johor terus bersatu hati, memberi kepercayaan kepada kerajaan persekutuan dalam melaksana Pelan Pemulihan Negara agar kita semua dapat keluar dari krisis kesihatan dan ekonomi dengan kadar segera” kata Datuk Dr Abd. Latiff kepada The Malaya Post.

Katanya, PN Johor kekal mendokong kerajaan negeri biarpun beberapa kenyataan politik dibuat Badan Perhubungan Negeri UMNO Johor dan Pengerusi BN Johor sehingga ke hari ini amat mengecewakan.

“Perikatan Nasional (PN) Johor berpendapat kenyataan yang berbaur kekuatan politik kepartian berasaskan kekuatan silam sudah tidak releven dalam suasana senario politik semasa.

“Dokongan PN Johor setakat hari ini di buat bukan kerana UMNO, tetapi demi rakyat Johor khususnya, dan Malaysia secara amnya”, katanya.

Jelas beliau, Perikatan Nasional (PN) Johor akan terus memikirkan soal negara, negeri dan rakyat, supaya tidak timbul satu pergolakan, bahkan perkara yang membawa kesan buruk pada negeri dan negara. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments