Mulai 15 September, program vaksinasi Covid-19 secara walk-inĀ atau jumpa terus di pusat pemberian vaksin (PPV) di Lembah Klang dihentikan.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba, pemberhentian dilakukan selepas mengambil kira faktor penduduk di Lembah Klang yang masih belum divaksinasi adalah kecil.
Manakala kadar kehadiran ke PPV adalah rendah.
Sehubungan itu, bermula 16 September ini, penduduk di Lembah Klang yang belum divaksinasi boleh mendapatkan suntikan vaksin di klinik kesihatan tertentu yang senarainya akan diumumkan kelak.
“VaksinasiĀ walk-inĀ (secara jumpa terus) di negeri-negeri masih lagi akan diteruskan. Orang ramai dinasihatkan untuk mengikuti pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Kesihatan negeri masing-masing untuk maklumat terkini mengenaiĀ walk-in,” katanya dalam sidang media pada Majlis Serah Terima Tugas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Menteri Kesihatan, di sini hari ini.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Adham berkata, jumlah peratusan populasi dewasa yang lengkap divaksinasi di negara setakat semalam adalah 69.9 peratus.
Sasaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah untuk mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi di seluruh negara
Katanya bagi negeri, 60 peratus lengkap divaksinasi menjelang akhir bulan ini.
“Alhamdulillah, kini kita berada di landasan yang betul dan vaksinasi mencapai kadar membanggakan,” katanya serta menambah pada 2 September lalu, Malaysia melepasi Amerika Syarikat dalam kadar vaksinasi ke atas populasi untuk sekurang-kurangnya satu dos.
“Baru-baru ini banyak pertanyaan kenapa kadar vaksinasi kita menurun, ini sebenarnya petanda yang baik menunjukkan lebih ramai rakyat kini divaksinasi. Kita perlu menjangkakan penurunan dalam kadar vaksinasi pada minggu-minggu akan datang,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Adham dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang bertukar portfoliomasing-masing dalam barisan Kabinet diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyerahkan nota serah terima tugas mereka. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply