Thursday, November 19, 2026
HomeBERITALelaki rentung, kereta dipandu terbakar selepas langgar pokok

Lelaki rentung, kereta dipandu terbakar selepas langgar pokok

Di Miri Sarawak, seorang lelaki rentung selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan lalu terbakar di Jalan Taman Awam, malam tadi.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mangsa dikenali sebagai Tan Kaw Tee, 61 tahun.

“JBPM bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu, jam 10.50 malam. Kereta berkenaan terbabas dan melanggar pokok lalu terbakar.

“Terdapat seorang mangsa di dalam kenderaan itu yang terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dengan sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba melakukan operasi pemadaman dan mengeluarkan mayat mangsa dari dalam kereta.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments