Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAishah positif Covid-19

Aishah positif Covid-19

Penyanyi ‘versatile’ dan tersohor negara, Aishah, mengesahkan dirinya positif COVID-19.

Khabar duka menerusi perkongsian video di Instagram (IG) Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 56 tahun petang tadi.

“Positif COVID-19. Tolong doakan kami,” tulisnya

Video berdurasi 3.01 saat itu memaparkan Aishah menjalani ujian COVID-19 dilakukan seorang petugas kesihatan di kediamannya.

Bekas anggota kumpulan Aishah & The Fan Club ini turut berkongsi satu hantaran yang memaparkan foto menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Pengalaman naik ambulans dengan berbunyi siren. Doakan saya,” katanya.

Hantaran dimuat naik Aishah dalam media sosial turut mendapat perhatian peminat dan rakan artis.

Kami di The Malaya Post mendoakan semoga  dipermudahkan urusan dan Aishah kembali sihat seperti sedia kala.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments