Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAJenazah Lajim Ukin selamat dikebumikan

Jenazah Lajim Ukin selamat dikebumikan

Jenazah Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Seri Lajim Ukin, selamat dikebumikan di Taman Perkuburan Orang Islam Kampung Kebatu/Kampung Kabidang Beaufort pada jam 1.50 tengah hari tadi.

Allahyarham disahkan meninggal dunia di Hospital KPJ Sabah pada jam 6.23 pagi tadi akibat COVID-19.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital KPJ Sabah sejak 12 Ogos sebelum ditidurkan pada Selasa lalu akibat jangkitan COVID-19.

Beliau dikatakan mendapat jangkitan berkenaan selepas mengikuti lawatan kerja di Kudat pada 12 Ogos.

Salam takziah dari warga The Malaya Post. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah 🙏

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments