Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATahniah Remy Ishak & isteri, selamat menempuh alam perkahwinan

Tahniah Remy Ishak & isteri, selamat menempuh alam perkahwinan

Pelakon pujaan ramai, Remy Ishak selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Roszaliza Yusof atau lebih mesra dengan oanggilan Ezza pada jam 1 petang semalam, Sabtu, 21 Ogos 2021.

Majlis akad nikah tertutup berlangsung di Masjid Negara Kuala Lumpur mengikut posedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).

Pasangan itu dinikahkan oleh wali kepada pengantin perempuan iaitu abang kandung Ezza, Rozman Yusof.

Remy menyerahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin.

Menerusi perkongsian Instagramnya, pemilik nama Mohammad Zalimei Ishak berusia 39 tahun ini tampil sedondon bersama isteri dalam persalinan serba putih ciptaan pereka fesyen Tym Fatimah dan tata rias, Chomel.

Untuk rekod, pasangan ini telah saling mengenali antara satu sama lain sejak lapan tahun lalu.

Ezza, 38 merupakan seorang usahawan tempatan.

Mengimbas liku-liku percintaan, Remy mengakui hubungan mereka ada pasang surutnya.

Pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, tetapi terlerai pada 2019.

Namun, jika jodoh tidak ke mana.

Hubungan kembali mesra tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan ulang tahun Ezza di sebuah restoran.

Keserasian, saling kenal hati budi serta sentiasa berada di sisi pada saat jatuh bangun karier dan emosi sepanjang tempoh lapan tahun perkenalan membuatkan Remy yakin inilah wanita terbaik untuk dijadikan suri hidupnya.

‘She’s the one. Alhamdulillah, ucap Remy.

Tahniah dari The Malaya Post Semoga hubungan kekal bahagia hingga ke Jannah.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments