Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACalon PM dibincang di pertemuan khas Raja-Raja Melayu Jumaat ini

Calon PM dibincang di pertemuan khas Raja-Raja Melayu Jumaat ini

Satu pertemuan khas antara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan Raja-Raja Melayu bakal diadakan Jumaat ini.

Pertemuan khas itu bagi membincangkan isu bakal Perdana Menteri dan kerajaan.

Perkara itu disahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, kepada media Berita Harian hari ini.

Tambahnya, Istana Negara juga akan mengeluarkan kenyataan itu dalam masa terdekat hari ini.

“Benar, hari ini akan keluarkan kenyataan selepas jam 12 tengah hari, Insya-Allah,” katanya kepada media BH.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pemimpin parti politik termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir menghadap Seri Paduka, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Antara titah baginda adalah supaya semua parti politik bersatu menghadapi COVID-19 dan juga masalah ekonomi.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments