Persis wanita Arab.
Cantik sungguh apabila melihat pelakon Izara Aisyah bergaya muslimah dengan mengenakan hijab labuh dipadankan jubah longgar.

Wartawan The Malaya Post telah menjengah laman Instagram Izara, risikan santai kesemua foto Izara ‘free hair’ telah dipadamkan.
Sebaliknya foto-foto babitkan anak, suami dan dirinya berhijab ditinggalkan untuk tatapan pengikut.
Tiada kapsyen disertakan.
Apakah Izara kini sudah mengenakan hijab? Kita nantikan pengesahan darinya nanti.
Untuk rekod, karier pemilik nama Nik Izara Aishah Nik Izazurin berusia 29 ini bermula sebagai peragawati.
Namanya mula dikenali selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja pada 2009/2010.
Menerima pendidikan Diploma Seni Persembahan Kolej Universiti Sunway, Izara terjun ke bidang lakonan dan telah membintangi banyak filem, telefilem dan drama tempatan.
Menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati, Muhammad Adib Khalid pada 2017, hidup mereka diserikan dengan kehadiran cahayamata bernama Irisa Alaia, 1 tahun. –THE MALAYA.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply