Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPRU-15 selewat-lewatnya Julai 2022

PRU-15 selewat-lewatnya Julai 2022

Gendang sudah dipalu, semboyan telah dibunyikan.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan selewat-lewatnya penghujung Julai 2022.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan khas secara langsung hari ini memberi jaminan akan mengambil tindakan terhormat dan berpelembagaan dalam menyelesaikan kemelut politik yang berlaku ketika ini.

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa. Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.

“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa PRU-15 akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” katanyanya.

Tambah Perdana Menteri, keutamaan beliau ketika ini adalah memastikan kerajaan terus berfungsi dengan baik untuk menangani pandemik dan memulihkan negara.

“Maka, saya dengan penuh takzimnya menjemput semua pimpinan parti politik untuk membincangkan cadangan ini pada minggu hadapan.

“Saya akan mengeluarkan jemputan rasmi kepada semua pimpinan parti politik untuk menghadiri perbincangan ini dan saya bersedia untuk mendengar pandangan mereka berhubung cadangan ini,” katanya.

Justeru, beliau berkata, jika cadangan kerjasama bipartisan itu dipersetujui, Sidang Khas Dewan Rakyat akan dibuat untuk membentangkan usul undi percaya kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat.

“Tujuan saya kemukakan cadangan ini ialah untuk membolehkan kerajaan terus berfungsi di waktu pandemik dengan sokongan bipartisan di Parlimen.

“Pada masa yang sama, saya juga seperti anda semua mempunyai tanggungjawab untuk tidak membiarkan kumpulan kleptokrat memerintah jika kemelut politik ini tidak diselesaikan segera,” katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments