“Ketua keluarga adalah ‘fronliner’ keluarga anda sekarang”, demikian kata pelakon Edika Yusof menerusi hantaran sebuah klip video berdurasi tiga minit di platform media sosial Instagram peribadinya.
Menerusi perkongsian tersebut, ayah kepada dua cahayamata itu menasihatkan masyarakat terutamanya ketua keluarga agar mengambil tahu dan mempelajari bagaimana caranya untuk mengenalpasti jangkitan COVID-19.
“Saya tahu semua orang sedang risau, resah dan tidak tahu nak buat bagaimana terutamanya jika ahli keluarga terkena jangkitan Covid.
“Jangan ingat kalau batuk dan demam saja, itu Covid. Kemudian ke hospital.
“”Kalau kita nak harapkan doktor, nurse, front liner di Hospital sekarang memang susah, kerana dimana-mana sahaja sudah ‘pack’ (penuh). Kita taknak tambah lagi beban mereka. Mereka juga susah sekarang,” jelasnya.
Edika menasihatkan orang ramai agar mempelajari serta meningkatkan pengetahuan tentang cara melakukan pemeriksaan sendiri di rumah dengan mendapatkan alatan ‘Covid-19 Antigen Detection Kit’ test dan sebagainya yang kini boleh didapati di farmasi dan aplikasi Dr2U My Sejahtera.
“Belajar, google. Jangan tunggu. ‘Educate yourself’. Lakukan pemeriksaa sendiri. Jika dah pasti, barulah hantar ahli keluarga ke hospital,” nasihat bekas pramugara Penerbangan Malaysia ini lagi.

Berdasarkan pengalaman merawat isterinya, Edika turut menekankan kepentingan pengambilan makanan sihat disamping ‘supplement’ yang bersesuaian.
“Naikkan sistem pertahanan tubuh. Ambil vitamin C, D dan zink. Jaga pemakanan.
“Ingat. Anda adalah ‘fronliner’ keluarga anda”, tegasnya. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.syabu dianggarkan 11.90 gram.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply