Dua anggota polis lelaki maut apabila dikatakan bertembung semasa sendiri semasa menjalankan operasi samseng jalanan maut awal pagi tadi.
Kemalangan berlaku di Kilometer 24.4 Lebuhraya Silk arah Kajang ke Putrajaya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kejadian 1.30 pagi itu berlaku apabila seorang anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang berpangkat Sarjan menunggang motosikal dari arah Kajang ke Putrajaya.
Siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kejadian beliau bertembung dengan motosikal ditunggang anggota polis dari Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D4 IPD Kajang berpangkat Konstabel.
“Kedua-dua mangsa adalah anggota dari IPD Kajang yang sedang bersama-sama melakukan tugas Operasi Samseng Jalanan.
“Ketika kejadian mangsa sedang mengejar suspek lumba haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. — THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply