Ini pula berita baik untuk jemaah umrah.
Arab Saudi akan mula menerima jemaah asing yang sudah divaksinasi ke kota suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.
Permintaan kebenaran perjalanan diterima mulai esok.
“Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan permulaan untuk menerima jemaah meliputi umrah dalam kalangan warganegara dan penduduk serta permintaan umrah secara berperingkat dari negara di seluruh dunia,’ lapor Saudi Gazette.
Sebelum pengumuman itu, hanya jemaah yang diimunisasi dan menetap di Arab Saudi dibenarkan melakukan umrah, walaupun haji disempurnakan dalam kelompok kecil sejak bermula pandemik pada penghujung 2019.
Foreign Umrah pilgrims from non-banned countries allowed to enter #SaudiArabia https://t.co/gcy5I6rulm
— Saudi Gazette (@Saudi_Gazette) July 31, 2021
Susulan itu, jemaah asing perlu diimunisasi dengan vaksin diperakui oleh kerajaan Arab Saudi dan bersetuju untuk menjalani kuarantin, menurut laporan SPA yang memetik Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdulfattah bin Sulaiman Mashat. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply