Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA'Siti Sarah dimasukkan ke ICU disebabkan keadaannya tidak stabil' - Shuib

‘Siti Sarah dimasukkan ke ICU disebabkan keadaannya tidak stabil’ – Shuib

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi tadi berikutan tahap oksigen tidak stabil, kata suaminya yang juga Pelawak Shuib Sepahtu.

 

“Assalammualaikum slam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik

“Saya mohon di hari baik hari Jumaat, doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka. Semoga Allah merahmati kita semua, amin,” katanya.

Dalam pada itu Shuib dalam satu hantaran di Instagram, memohon agar memohon doa kesembuhan isteri dan bayi dalam kandungan.

Kelmarin, Penyanyi lagu Kesetiaan itu yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin pada hari sama, sebelum mengalami batuk.

Siti Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Sama-sama kita doakan semoga Siti Sarah dan bayi kandungannya selamat –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments