Bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri bertaraf Menteri.
Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan media dikeluar oleh Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.
“Beliau akan bertanggungjawab menasihati YAB Perdana Menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan
sosio-ekonomi.
“Pejabat ini mengucapkan tahniah kepada YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu di atas pelantikan ini”, menurut kenyataan itu.

Selamat bertugas YB Dato’ Seri Peja !! –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply