Selepas berkumpul di Dataran Merdeka, Ahli-ahli Parlimen pembangkang berarak masuk ke Parlimen jam 10.20 pagi tadi.
Mereka berarak beramai-ramai berjalan kaki sambil membawa sepanduk.
Terdahulu di Dataran Merdeka, beberapa Ahli Parlimen kelihatan menyampai ucapan antaranya Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahli Parlimen bertindak berkumpul di Dataran Merdeka selepas laluan masuk ke Parlimen, dikawal ketat oleh pihak berkuasa selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat cuba memasuki bangunan itu, pagi tadi.

Difahamkan beberapa jalan utama menuju ke Parlimen ditutup, menyebabkan kesesakan lalu lintas sekitar Jalan Parlimen. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply