Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABeri komitmen realisasi PPN, ketepikan idealogi politik - Penganalisis

Beri komitmen realisasi PPN, ketepikan idealogi politik – Penganalisis

Susulan Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Penganalisis Politik dan Media Sosial, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy, berkata semua ahli politik perlu mengetepikan ideologi politik masing-masing dan tampil membantu kerajaan serta mengutamakan agenda rakyat melalui PPN.

Setakat ini komitmen Ahli Parlimen masih tidak mencapai tahap maksimum sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia sehinggalah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang dilaksanakan di seluruh negara.

“Proses vaksinasi yang sedang berlaku masih belum meraih sokongan utuh dalam kalangan ahli politik dan parti-parti politik di mana mereka pun boleh tampil ke hadapan untuk menyokong serta menggerakkan program vaksinasi itu di kawasan masing-masing,” katanya dalam wawancara khas secara dalam talian dengan media hari ini.

Dalam wawancara itu, beliau turut mempersoal tahap kerjasama pemimpin politik, wakil rakyat dengan ketua-ketua komuniti di kawasan masing-masing dari segi pendaftaran vaksinasi dan mencadangkan penubuhan pasukan sukarelawan yang boleh membantu dalam memobilisasikan PICK.

PPN, yang diumum 15 Jun lalu, menggariskan empat fasa peralihan merangkumi perincian SOP untuk setiap fasa dengan peralihan fasa.

Ia bagi sesebuah negeri akan dinilai dan dipertimbang berdasarkan tiga indikator nilai ambang iaitu purata bilangan kes harian, kadar penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peratusan rakyat dewasa yang lengkap divaksinasi.

Tambahnya usaha kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberikan pelbagai bantuan dan insentif kepada rakyat negara ini dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19 sejak Mac 2020 setanding dengan negara maju seperti Kanada dan Amerika Syarikat.

Katanya kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap terbuka dalam menerima cadangan pihak lain yang menyaksikan ia terbukti apabila terdapat penambahbaikan berterusan setiap kali pengumuman pakej bantuan baharu kepada rakyat. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments