Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAwal Ashaari bukan lagi pengacara Melodi

Awal Ashaari bukan lagi pengacara Melodi

Terkejut dan ralat.

Begitu reaksi figura Awal Ashaari apabila khidmatnya sebagai pengacara rancangan hiburan popular televisyen, Melodi di TV3 dihentikan kurang dari tempoh dua minggu.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkara ini berlaku begitu pantas tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal kepada warga kerja Melodi kerana mereka kini bersiaran secara virtual dari rumah demi mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Khidmat yang saya curahkan sepanjang 8 tahun bergelar pengacara Melodi seolah terhenti begitu saja.

“Satu keputusan yang sukar diterima disaat anak seni berdepan dengan kekangan tidak boleh bekerja dan industri seni tidak dibenarkan beroperasi,” luahnya menerusi platform media sosial Instagram peribadinya sebentar tadi.

Walaupun begitu, suami kepada pelakon Scha Al Yahya ini reda dan bersyukur serta berterima kasih di atas kesempatan dan kepercayaan yang diberi sepanjang menjayakan rancangan itu.

Ayah kepada dua cahayamata perempuan ini turut percaya Qada dan Qadar dan yakin akan rezeki mereka sekeluarga pada masa akan datang.

Difahamkan, tempat Awal dan Janna Nick akan digantikan oleh ‘In House Talent’ yang bernaung di bawah pengurusan Media Prima.

Semoga Awal akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa akan datang.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments