Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASyed Saddiq kutip derma wang jaminan melalui akuan Persatuan Perniagaan Ekonomi Merdeka

Syed Saddiq kutip derma wang jaminan melalui akuan Persatuan Perniagaan Ekonomi Merdeka

Menerusi laman Facebook Che’gu Bard Original mempersoalkan mengapa kutipan derma wang jaminan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman melalui akuan Persatuan Perniagaan Ekonomi Merdeka.

Berikut petikan hantaran berkenaan.

“Apa lagi jalan cerita Syed Saddiq. Mungkin ada benarnya apabila TMJ melabelkan Syed Saddiq “Drama Queen”. Umur politik baharu setahun jagung sudah banyak berdrama, khatam bab mencilok dan menipu?

“Ceritanya begini. Selepas mengadakan sidang Live kelmarin, Syed Saddiq telah melancarkan tabung, memohon orang ramai menyumbang kepadanya untuk bayar wang jaminan berbaki RM250,000 dan kos guaman perbicaraan.

“Dalam masa 24 jam, kononnya menurut Syed Saddiq, kutipan telah mencecah RM 715,573. Boleh baca di sini”, katanya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4136762996402695&id=1130669147012110&sfnsn=mo

Ia diakui sendiri tuan punya badan, Syed Saddiq di laman Instagram beliau, sehari selepas melancarkan tabung kutipan derma itu, jumlah wang terkumpul sudah melebihi sasaran.

Pun begitu apa yang diragui menurut kenyataan itu, semakan pada pautan kutipan derma adalah ke akaun Persatuan Perniagaan Ekonomi Merderka.

“BillPliz https://www.billplz.com/saddiqtetaplawan (pautan telah ditutup) mendapati bahawa sumbangan di dermakan ke akaun PERSATUAN PERNIAGAAN EKONOMI MERDEKA” tulis Che’gu Bard.

Untuk rekod, akaun yang sama turut digunapakai Dr Maszlee Malek Ahli Parlimen Simpang Renggam untuk kutipan derma.

Lantas mengundang beberapa soalan yang wajar diperjelaskan oleh tuan punya badan dan Persatuan terbabit, kata Che’gu Bard.

1) Kenapa sumbangan wang jaminan Syed Saddiq masuk ke akaun NGO PERSATUAN PERNIAGAAN EKONOMI MERDEKA??

2) Adakah ahli persatuan ini membenarkan akaun persatuan mereka di gunakan untuk kutip derma Syed Saddiq?

3) Apa fungsi Persatuan atas nama ‘Perniagaan’ dan ‘Ekonomi’ digunakan untuk kutip derma membela OKT?

4) Adakah persatuan ini telah melanggar perlembagaan pertubuhan dengan membenar akaun di gunakan untuk tujuan mengutip derma untuk membela OKT?

5) Di harap pihak ROS dapat menyiasat jika ada unsur salah guna akaun persatuan.

6) Mohon juga ahli persatuan ini membuat “query” pada Bendahari PERSATUAN PERNIAGAAN EKONOMI MERDEKA mengapa akaun persatuan di gunakan untuk kutip derma bagi pihak Syed Saddiq?

“Ini gaya pemimpin masa depan? Diri sendiri yang tidak faham aturan dan undang-undang ROS, kemudian marah bila Muda tidak diluluskan pendaftaran nya.

“Saya masuk politk untuk bersihkan politik?” konon, baik guna “Saya masuk politik untuk buat ikut suka hati saya”.

Sumber imej : group whats app

Jika benar bak di kata nampaknya YB Syed Saddiq perlu menjelaskan isu sama dalam sidang live beliau akan datang.

Berani kerana benar. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments