Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menafikan tuduhan gambar tular yang kononnya beliau memesan nasi vanggey menggunakan penghantaran helikopter.
Gambar yang dikongsi di laman Twitter milik Tengku Datuk Seri Zafrul itu turut memaparkan beliau sedang menikmati hidangan nasi vanggey tersebut sewaktu makan tengah hari.
Lucu bila terima WhatsApp message kononnya saya order nasi vanggey guna helicopter. Pakai gambar lama dan crop tarikh.
⠀
Memang best kalau makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna service macam Nasi Kandaq Transporter, boleh juga bantu usahawan kecil. pic.twitter.com/kjVtceVgH0— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) July 23, 2021
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, gambar tular berkenaan adalah pada 16 Disember lalu.
Tengku Datuk Seri Zafrul turut berkongsi gambar yang tular itu, yang memaparkan beliau sedang menikmati makanan itu serta gambar sebuah helikopter yang tertera ayat “ambil pesanan ‘nasi ganja’ guna helikopter’, beserta gambar sebenar ketika ia dirakamkan. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply