Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATPM bantu Lokman Adam terima rawatan Covid-19 di Hospital Angkatan Tentera

TPM bantu Lokman Adam terima rawatan Covid-19 di Hospital Angkatan Tentera

Umum tahu bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam begitu lantang mengkritik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dalam beberapa sesi siaran langsung di Facebooknya.

Terbaharu, Datuk Lokman Adam ketika sesi siaran langsung di Facebooknya pada 4 Julai lalu mendakwa Timbalan Perdana Menteri cuba meyakinkan ahli-ahli Parlimen Umno untuk menjadi calon parti Bersatu jika tidak dipilih sebagai calon Umno pada Pilihan Raya ke-15 (PRU15).

Susulan itu, satu laporan polis dibuat Setiausaha Politik TPM, Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 5 Julai lalu.

Walaupun diperlakukan sebegitu, ia bukanlah pemisah kepada sebuah persaudaraan antara pemimpin dan rakyat.

Atas jasa baik dan bantuan beliau, Datuk Lokman Adam yang disahkan positif Covid-19 tahap 4 dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan untuk rawatan lanjut.

The Malaya Post sempat menjengah Facebook sahabat Pak Long – Ismail Sabri, menyifatkan Datuk Seri Ismail berjiwa besar.

Walau apa jua keadaan tidak menjadikannya sebagai halangan untuk membantu kepada sesiapa yang memerlukan.

Katanya, Datuk Seri Ismail telah menasihati Datuk Lokman Adam supaya mendapatkan rawatan di hospital selepas menjadi kontak rapat kepada seorang pesakit COVID-19.

“Itulah sifat Pak Long Mail yang tidak berdendam dan tidak suka mencipta musuh. Lokman Adam dalam catatan di Facebooknya sendiri menceritakan bagaimana Pak Long Mail menasihatinya supaya mendapatkan rawatan di hospital.

“Sama-sama kita doakan Lokman Adam dan juga pesakit Covid-19 lain supaya kembali pulih seperti sedia kala”, menurut Facebook Sahabat Pak Long – Ismail Sabri.

Dalam pada itu, Datuk Lokman Adam dalam satu hantaran di Facebook turut mengesahkan perkara itu.

“Saya mula buat isolasi kendiri bila isteri dan anak juga demam. Namun keadaan oksiden saya jatuh di tahap 80 membimbangkan keluarga dan sahabat saya. Setiap hari saya dipujuk ke hospital namun saya menolak, saya tak nak jadi arwah Pablo,” katanya dalam hantaran Facebook.

Sumber : Facebook Lokman Adam
Sumber : Facebook Lokman Adam

Datuk Lokman Adam berkata, setelah dipujuk beberapa rakan politik termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, barulah beliau bersetuju untuk dimasukkan ke HAT.

“Atas usaha rakan-rakan politik saya terutamanya Senator Datuk Sri Ali Timbalan Speaker Dewan Negara meminta bantuan Datuk Syed Fazmi (Setiausaha Politik) Menteri Pertahanan dan YAB TPM sendiri, Abg Long Mail (Ismail Sabri), barulah saya setuju untuk dimasukkan di hospital ini semalam.

‘Saya masih percaya intergriti doktor-doktor tentera kita. Sangkaan saya ternyata benar. Hanya beberapa jam di sini, kudrat saya bertambah baik, oksigen naik ke 96 dan saya kembali boleh makan semula.

“Kalau siapa yang obesiti, tolonglah hantar pesakit tu ke sini. Esok saya akan jalani swab test, doakan keputusannya negatif hendaknya ya. Al Fatihah Buat Pablo,” ujarnya.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments