Thursday, November 19, 2026
HomeBERITATip hilangkan karat & kesan kerak pada kuali 

Tip hilangkan karat & kesan kerak pada kuali 

Haaa ini pula tip khusus untuk para ibu dan kaki masak.

Bagaimana nak hilangkan kesan hitam, berkerak dan berkarat pada kuali?

Takkan asyik nak beli baharu je kan…

Berikut adalah tip mudah kaedah menghilang segala kekotoran degil, kerak dan karat pada kuali mahupun periuk.

1. Asam keping

Rebus 8 asam keping di dalam periuk yang besar supaya senang untuk direndam. Didihkan air asam keping itu sampai mendidih. Masukkan kuali atau periuk di dalam air asam keping dan rendamkannya selama 4-5 minit.

Angkat kuali atau periuk, sejukkannya selepas itu sental menggunakan sabun dan berus dawai. Selepas selesai berus kuali atau periuk, bilas dengan air seperti biasa.

2. Sabun Buruh

Sental menggunakan sabun tersebut tanpa air. Ini adalah petua daripada kedai-kedai India yang menjual periuk dan kuali.

3. Sabun mandi dan sabun Labour

Daripada mula beli kuali, korang kena rajin sental menggunaan sabun mandi dan sabun Labour. Apabila anda menyentalnya, gunakanlah penyental aluminium yang kasar untuk sental kuali tersebut.

4. Kulit nenas

Sebaik masak telur rebus, kuali yang lebam hitam akibat rebusan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan kulit nenas. Rebuskan kulit nenas. Semasa merebus kulit nenas itu biar lebihkan pada tanda hitam.

Ambil kulit nenas itu menggunakan senduk dan gosok-gosokkannya. Kemudian sental seperti biasa. Boleh kilat semula.

5. Soda bikarbonat

Basahkan kuali dan tabur soda bikarbonat anggaran 2 sudu makan. Ambil berus besi dan gosokkan kuali anda. Jangan letak air terlalu banyak. Anggaran agak-agak sahaja. Teruskan menggosok sehingga kesan jelaga hitam itu hilang. Basuh dan bilas dengan air. Hasilnya pasti menakjubkan.

Jom cuba !

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments