Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA"Ada yang kata Azmin, Mukhriz antara tiga hingga empat calon PM masa...

“Ada yang kata Azmin, Mukhriz antara tiga hingga empat calon PM masa depan” – Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan terdapat tiga hingga empat calon dan boleh jadi lebih yang berpotensi menjadi Perdana Menteri Malaysia pada masa akan datang.

Menurut bekas Perdana Menteri ke-4 dan 7 itu antara calon berkenaan adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

Selain itu Tun M turut membayangkan ada calon Perdana Menteri yang bukan datang daripada ahli politik terkemuka.

“Ada tiga hingga empat calon dan boleh jadi lebih. Ramai yang melihat saya mesra kepada Azmin, salah satu calonnya. Saya juga rasa ada calon Perdana Menteri yang bukan datang daripada ahli politik terkemuka.

“Mereka berada di luar daripada kumpulan ahli politik dan orang baharu serta dalam kalangan mereka yang tunjuk minat dalam politik dan saya tidak boleh namakan kerana tidak adil buat mereka.

“Ada juga menamakan Mukhriz iaitu anak saya, ada juga. Tapi saya tidak percaya dengan memilih seorang dan mereka kena bersaing untuk mendapat jawatan itu. Apa pun pemimpin Pejuang perlu bekerja keras,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penonton dalam program What’s Going On Malaysia? With Harith Iskander secara langsung di Youtube malam tadi.

Soalan penonton terarah kepada siapakah calon Perdana Menteri pada masa akan datang jika beliau boleh memilihnya.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu juga berkata beliau tidak mungkin lagi menjadi perdana Menteri buat kali ketiga memandangkan umurnya sudah mencecah 96 tahun.

Katanya, ketika memegang jawatan itu kali kedua, umurnya adalah 93 tahun dan berpendapat mampu menjawatnya untuk beberapa ketika sahaja jika terpilih. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments