Seorang pengerusi anggota lembaga pengarah sebuah koperasi hartanah bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa menerima rasuah dianggarkan RM16 juta.
Lapor media sumber berkata, lelaki itu dipercayai menerima sogokan tersebut daripada seorang pengarah syarikat pemaju bergelar Tan Sri melalui syarikat miliknya.
Jelasnya, sogokan dalam bentuk wang dan barangan berharga itu disyaki sebagai balasan melantik syarikat pemaju tersebut bagi projek usahasama yang dijalankan di tanah-tanah milik koperasi bagi tujuan pembangunan.
“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
“Lelaki itu akan berhadapan dengan lebih 160 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] (AMLATFA 2001) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] (AMLATFAPUAA 2001),” katanya.
Tambah sumber, suspek bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 15 Julai ini.
Difahamkan, penahanan suspek berdasarkan siasatan dan operasi yang dijalankan oleh SPRM pada Ogos tahun lalu.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply