Saturday, November 21, 2026
HomeBERITANia Ramadhani dan suami ditahan, akui ambil syabu lima bulan lalu

Nia Ramadhani dan suami ditahan, akui ambil syabu lima bulan lalu

Aktres terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie didakwa mula mengambil dadah jenis syabu sejak lima bulan lalu.

Menurut polis, perkara itu diakui sendiri oleh pasangan suami isteri itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat.

Selain itu, pemandu peribadi pasangan suami isteri itu juga didakwa mengambil syabu dan sudah ditahan terlebih dahulu sebelum Nia dan Ardi ditangkap.

Lapor media tempatan, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, pasangan suami isteri itu ditahan semalam di Pondok Indah, Kebayoran Baru.

Katanya, berdasarkan ujian air kencing, pasangan suami isteri itu positif dadah jenis syabu.

“Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan, termasuk pemandu peribadinya.

“Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghisap syabu,” katanya kepada Suara.com.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments