Saturday, November 21, 2026
HomeBERITATiada fakta jelas, PM hilang kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat

Tiada fakta jelas, PM hilang kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menegaskan, buat masa ini kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi
mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik.

“Oleh itu, dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan Kabinet sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments