Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASuami, 6 anak dan 3 orang gaji Rebecca Islam positif Covid-19

Suami, 6 anak dan 3 orang gaji Rebecca Islam positif Covid-19

Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Islam mengesahkan bahawa suami, enam anaknya dan tiga pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19.

Menerusi platform media sosial Instagram peribadinya, Datin Rebecca yang lebih dikenali sebagai Mommy Becca berkongsi berita mengenai suaminya, Dato Norazam dan enam orang anak mereka iaitu Nor Khayrin, Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Aliff Al Raffael, Nor Ahmed Al Reanggan dan Nor Aurora Riana telah disahkan positif Covid-19.

Turut menerima nasib sama ialah pembantu mereka yang bernama Haishatul Akmal, Nur Ain dan Farah.

Walaupun kesedihan, Rebecca tabah dan bersyukur kerana dirinya dan dua orang lagi anak iaitu Nor Arif Qayyum dan Nor Anggerik Renesmee disahkan negatif. Begitu juga dengan beberapa pembantunya yang lain.

Datin Rebecca dalam pada itu memohon maaf kepada kontak rapat dan menasihati mereka yang ada berhubung dengan keluarganya dalam tempoh tujuh hari sebelum ini agar segera membuat ujian saringan/swab test Covid.

Kami di The Malaya Post doakan semoga kesemua ahli keluarga dan pembantu Datin Rebecca segera sembuh dan dipermudahkan urusan. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments