Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAPelakon popular Filipina Kristine Hermosa Orille bakal timang anak kelima

Pelakon popular Filipina Kristine Hermosa Orille bakal timang anak kelima

Ingatkah anda dengan sebuah telenovela romantis Filipina berjudul ‘Pangako Sayo’ yang pernah hits dan menjadi fenomena di negara kita pada tahun 2000?

Telenovela popular lakonan pasangan sama cantik sama padan Jericho Rosales dan Kristine Hermosa Orille ini nyata memberi kesan yang mendalam kepada penonton.

Pastinya ia menggamit memori anda yang pernah tenggelam dengan babak romantis dan air mata pasangan ini dalam mengharungi suka duka  percintaan dua darjat.

Nyata gandingan keduanya sangat serasi dan diminati penonton. Keserasian pasangan ini turut dapat disaksikan menerusi sebuah lagi telenovela berjudul ‘Sana’y Wala Nang Wakas’ dan ‘Dahil May Isang Ikaw’.

Pasti anda tertanya-tanya apakah perkembangan terkini si jelita Kristine Hermosa kan?

Menerusi platform media sosial Instagram @kshotto, Kristine yang juga seorang peragawati berkongsi kebahagiaan hidupnya kini dengan kehadiran empat orang cahaya mata bersama suami, pelakon dan pengacara Oyo Sotto.

Haa ada saja perkongsian tentang anak-anaknya yang comel dan pintar disamping suami tercinta.

Namun apa yang menarik, walaupun usianya sudah menginjak 38 tahun dan mempunyai 4 orang anak, wanita kacukan Sepanyol dan Filipina ini tetap kelihatan awet muda dan jelita seperti zaman remajanya.

Terkini, pasangan yang berkahwin pada 12 Januari 2011 ini sedang menantikan ‘kehadiran” anak kelima mereka.

Untuk rekod, kerier lakonan Kristine bermula apabila bakatnya dikesan pada usia 12 tahun dan diberi peranan dalam drama mingguan pada tahun 1998 berjudul ‘Sa Sandaling Kailangan Mo Ako’.

Pada tahun 2000, dia diberi peranan dalam telenovela Pangako Sa Yo dan kemudiannya membintangi filem Forevermore yang diterbitkan pada tahun 2002.

Pada tahun 2003 dan 2004, Kristine membintangi ‘Sana’y Wala Nang Wakas’ dan memegang watak utama dalam siri televisyen ‘Til Death Do Us Part’ pada tahun 2005.

Muncul dalam ‘Gulong Ng Palad’ dan ‘Prinsesa Ng Banyera’ masing-masing pada 2006 dan 2007, diikuti drama ‘Dahil May Isang Ikaw’ pada 2009.

Tampak ayu dan lemah lembut, Kristine juga pernah membintangi siri aksi fantasi dongeng mitologi Filipina berjudul ‘Noah’.

Pastinya peminat teruja untuk melihat kehadiran ahli keluarga baharu Kristine. Tidak mustahil anak-anaknya turut memiliki bakat dalam bidang seni dan berupaya mencapai era kegemilangan seperti ibu mereka. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments