Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAArtis tanahair turun padang jadi sukarelawan di PPV

Artis tanahair turun padang jadi sukarelawan di PPV

Pengumuman akan keperluan khidmat sukarelawan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi peluang kepada rakyat yang berkelayakan untuk sama-sama mengembleng tenaga ke arah melancarkan dan mempercepatkan aktiviti pemberian vaksin Covid-19 di Malaysia.

Difahamkan, ia mendapat sambutan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Ia termasuk pelajar, suri rumah, pekerja yang diberi cuti atau yang diberhentikan dan juga mereka yang mempunyai latar belakang ‘first aid”.

Tidak ketinggalan, beberapa selebriti popular tanahair turut sama turun padang sebagai sukarelawan dan sukarelawati dalam program berkenaan.

Terkini, pelakon cantik Mimi Lana menerusi platform media sosial Instagram peribadinya berkongsi akan pembabitan sebagai pembantu kesihatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Terdahulu, pelakon, penyanyi dan pengacara Daiyan Trisya turut berkongsi pembabitannya untuk tugasan yang sama.

Untuk rekod, antara selebriti lain yang turut memberi khidmat di pusat vaksin KKM ialah pelakon dan pengacara Fizo Omar (Pusat Pemberian Vaksin Universiti Kebangsaan Malaysia), pelakon dan pengarah Isma Aizal Yusoff (Klinik Kesihatan Serendah Hulu Selangor), pelakon Juvana, Adam Shahz (Pusat Pemberian Vaksin PPV) dan pelakon Lelaki Lingkungan Cinta, Aniq Suhair (Pusat Penilaian Covid-19 CAC Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur).

Pastinya penyertaan selebriti sedikit sebanyak memberi impak positif dan menaikkan semangat peminat untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada negara.

Semoga negara kita segera bebas dari pandemik dan keadaan kembali seperti sediakala ???? –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

#KitaJagaKita #KitaMestiMenang

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments