Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA1,721 calon tidak duduki peperiksaan STPM 2020

1,721 calon tidak duduki peperiksaan STPM 2020

Dalam meraikan kejayaan 741 calon STPM 2020 peroleh PNGK 4.00 hari ini, seramai 1,721 calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2020 tidak menduduki peperiksaan tersebut Mac lalu.

Ahli Majlis Peperiksaan Malaysia, Datuk Prof. Ts. Dr. Wahid Razzaly berkata, bilangan calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan STPM 2020 seramai 44,704.

“Manakala yang hadir adalah sebanyak 42,983 calon (96.15 peratus),” katanya pada sidang akhbar yang diadakan secara dalam talian hari ini.

Datuk Prof. Ts. Dr. Wahid berkata, bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki STPM 2020 pada keseluruhannya menurun sebanyak 3.32 peratus.

Menurut beliau, ia merupakan penurunan daripada 46,237 calon yang mendaftar pada tahun STPM 2019.

Kata beliau, kehadiran calon pada tahun 2020 juga menurun daripada 44,823 pada tahun 2019 kepada 42,983.

“Menurun sebanyak 4.11 peratus atau berkurang sebanyak 1,840 calon,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments