Polis menahan seorang selebriti wanita kerana terbabit dalam penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine, semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Mohd Fazley Ab Rahman dalam satu kenyataan memaklumkan pelakon berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 9.15 malam ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah bertempat di Kampung Chalet, Nilai, Negeri Sembilan.
“Pelakon itu dibawa ke Pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal. Pemeriksaan mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine”, katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, suspek diberi jaminan polis selepas diambil keterangan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Merbahaya 1952, yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply