KUALA LUMPUR : Pergerakan rentas
daerah dan negeri masih tidak dibenarkan pada
Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan
Pemulihan Negara (PPN), kecuali bagi pergerakan
guru sekolah dan pelajar kelas peperiksaan.
Demikian kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

” (Untuk) Pergerakan rentas negeri bagi pasangan
jarak jauh adalah dibenarkan bagi kes kecemasan
dan khas sahaja dengan kelulusan Pons Diraja
Malaysia,” katanya dalam kenyataan berkenaan
Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa PPN had ini.

Tambahnya, dalam fasa dua, operasi beberapa lagi
aktiviti ekonomi dalam sektor pembuatan serta
sektor perdagangan dan pengedaran akan
dibenarkan, dengan sektor pembuatan melibatkan
automotif (kenderaan dan komponen), seramik,
kilang perabot bagi tujuan eksport, getah, besi dan
keluli serta simen.
” Sektor perdagangan dan pengedaran pula
membabitkan kedai buku dan alat tulis, komputer
dan telekomunikasi, barangan elektrik, kedai cuci
kereta dan kedai gunting rambut (perkhidmatan
gunting rambut asas sahaja),” katanya sambil
menjelaskan kebenaran beroperasi kedua-dua
sektor adalah dari 8 pagi hingga 8 malam.

Katanya operasi restoran, kedai makan, gerai
makan, kenderaan bersaji, penjaja tepi jalan, penjaja beredar, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan atau kiosk masih beroperasi pada 6 pagi hingga 10 malam.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply