Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAGara-gara durian, ramai dijangka guna laluan tikus untuk rentas ke kebun

Gara-gara durian, ramai dijangka guna laluan tikus untuk rentas ke kebun

Polis menjangkakan ramai individu akan menggunakan laluan tikus di daerah Parit bagi merentas daerah untuk ke kebun durian berikutan musim raja buah itu sudah bermula.

Foto : Nang Surya Studios

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso, berikutan itu polis akan memperketat kawalan di lima laluan tikus yang dikenal pasti di daerah ini.

“Lima laluan tikus telah dikenal pasti melibatkan kemasukan dari daerah luar seperti Kuala Kangsar, Manjung, Kampar dan Batu Gajah, Ipoh.

“Walaupun laluan tikus ini tidak ada sekatan jalan raya, tetapi kita ada pasukan yang membuat pemantauan, rondaan dan pemeriksaan,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sebuah kilang di Seri Iskandar,  hari ini.

Menurut SUPT Barudin, sebanyak 43 kompaun dikeluarkan polis melibatkan kesalahan merentas daerah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 1 Jun hingga hari ini.

“Sebanyak 117 kompaun dikeluarkan pihak polis di daerah ini dan daripada jumlah tersebut 43 kompaun adalah melibatkan kesalahan merentas daerah menggunakan laluan tikus.

“Bakinya pula melibatkan kesalahan tidak memakai pelitup muka serta tidak mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments