Masihkah anda ingat lagi dengan klip liputan banjir ‘Abe Ajis Jatuh Bok’ di Kampung Merbau Meyusut, Setiu, Terengganu oleh wartawan Mohd Ishak Abdillah Ngah pada Disember 2018?

Hampir tiga tahun tular, wajah empunya nama Abd Aziz Abdullah yang digelar netizen sebagai ‘Abe Ajis Jatuh Bok’ ini masih lagi menjadi misteri.
Namun bersempena dengan persaraan beliau yang mana hari ini genap 23 tahun berkhidmat dengan TV3, Mohd Ishak secara eksklusifnya mendedahkan wajah figura tersebut dalam satu rakaman video pendek.
Saya mewakili abe azih, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua atas ucapan dan doa. Abg azih sampaikan salam kepada kalian. Beliau turut mendoakan semoga kalian dipermudahkan urusan dunia serta akhirat.
— Mohd Ishak Abdillah Ngah (@ShaqNewsMPB) June 20, 2021
Rata-rata netizen teruja dengan pendedahan ini turut mengucapkan selamat bersara kepada Abd Aziz serta sempat membuat permintaan supaya Abe Ajis berkongsi pengalaman beliau semasa jatuh dari bot dalam kejadian lalu.
Untuk pengetahuan anda, video pendek Abd Aziz yang terjatuh dari bot telah dimuat naik di YouTube Buletin TV3 dan setakat hari ini jumlah tontonan sudah melebihi 1.14 juta kali.
Banyak parodi yang dihasilkan daripada klip video itu bukan sahaja daripada kalangan rakyat Malaysia malah luar negara.
Sebelum ini, Mohd Ishak telah membuat laporan polis apabila video ‘Abe Ajis jatuh bok’ diparodikan secara melampau oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyentuh sensitiviti agama. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply