Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah gaya hidup kita bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.
Kesannya bukan sahaja dari segi kewangan, malah arahan ‘lock down’ atau duduk rumah turut memberi kesan psikologi kepada kita.
Ironinya ada banyak kebaikan dan rahmat, namun tidak dinafikan ada yang melihat sebaliknya.
Menurut pakar psikologi, momentum pagi kita sangat berkait rapat dengan emosi. Kita boleh bermula dengan melakukan sekecil kecil perkara untuk menaikkan momentum mood.
Jom kami kongsi tip memulakan momentum pagi anda. Semoga bermanfaat.
1. Bersyukur
Sebaik sahaja bangun pagi, sebelum melangkah kaki untuk solat, minda kita masih level “alpha state” dimana gelombang paling rendah.
Mulakan pagi kita dengan mencipta tenaga positif dengan mensyukuri diberi peluang menikmati kehidupan seperti biasa. Lihat kiri dan kanan.
Buka mata, mungkin kita merasakan kita susah, hakikatnya masih ramai di luar sana jauh lebih payah keadaannya. Alhamdulilah.

2. Senyuman
Usai bersyukur, ini langkah seterusnya dengan mengukir senyuman. Tak percaya cuba senyum fake sampai pipi nak cramp.
Pipi kita ada otot. Otot tersebut perlu dilatih selalu. Jadi lepas ini paksa diri untuk senyum lama lama, kemudian akan terbiasa dengan senyuman. Walau perkara yang ‘simple sekalipunpun, jadikan ianya manis untuk dikenang dan sertakan dengan senyuman.
3. Positif ‘Self Talk’
Sambil senyum selitkan sekali self talk yang positif. Berkata yang baik-baik pada diri sendiri. Wujudkan imiginasi keterujaan untuk mulakan pagi anda. Sambil tarik nafas sedalam dalamnya dan hembuskan.

4. Makan Breakfast Kegemaran
Apa emosi anda apabila melihat atau dapat makan makanan yang anda suka? Mesti teruja bukan?
Ya, salah satu untuk mewujudkan suasana pagi yang menyeronokan adalah dengan makan sarapan kegemaran. Nasi lemak, pancake, kuih muih, kopi panas, apa saja yang menarik mood anda. Cuma jangan berlebihan, sudahlah ya ????

5. Lihat Warna Terang
Menurut pakar psikologi, warna warna yang terang atau “striking colour” dapat merangsang neuron neuron minda kita iaitu hormon kegembiraan.
Secara tak langsung warna tersebut akan mendatangkan mood semangat pada pagi kita.
Bukan mudah, tapi bertabahlah dalam menjalani hari mendatang. Sesungguhnya Tuhan tidak akan menguji hambanya melangkaui kemampuan mereka.
Semoga Bermanfaat! ????
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply