Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAIni baru 'steady'...Patuh arahan pihak berkuasa, bandar Kuala Terengganu lengang selepas jam...

Ini baru ‘steady’…Patuh arahan pihak berkuasa, bandar Kuala Terengganu lengang selepas jam 8 malam

Berikut adalah suasana sekitar bandar Kuala Terengganu yang dirakamkan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook Aliff Zuaimi II.

Foto ini dirakamkan Aliff Zuaimi yang juga merupakan juru foto bebas, selepas jam 8 malam tadi.

Lengang !!

Ini baru “steady” boh!!!

Tak guna sijil setebal buku tapi masih berdegil dan enggan patuhi SOP.

Menurut Aliff, dia merakam foto ini semasa secara kebetulan pergi menghantar makanan ke rumah ibu mertuanya.

“Abam bukan saja tubek neh, kebetulan pergi hantar makanan di rumah mak mertua abang.

“Ya Allah peliharakanlah Terengganu dari penyakit.. Semoga kita semua bebas dari pandemik Covid ini..duduk lah kat rumah, stay at home..kalu dok paham bahasa bangku..faham dialek Terengganu”,  tulis Aliff Zuaimi di facebooknya.

Rajin betul Aliff ya…sambil-sambil layan foto berikut, kepada anda yang nak gunakan khidmat Aliff sebagai juru foto bolehlah ‘follow’ Facebooknya.

Alhamdulillah, tahniah rakyat Terengganu kerana patuh arahan pihak bertanggungjawab dan patuh SOP.

Semoga Allah SWT memberkati kita semua.

–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments