Di Kuala Lumpur, seramai 213 penumpang cedera apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terbabit dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru, malam tadi.

Satu daripada tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang terbabit dalam perlanggaran bersama sebuah lagi tren LRT petang tadi, dipercayai membawa 213 penumpang berkenaan.

Tren berkenaan dalam perjalanan dari Gombak, dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya yang tidak membawa penumpang dan dipercayai mengalami masalah teknikal.
Setakat jam 10 malam ini, difahamkan sekurang-kurangnya 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 orang mengalami luka ringan.

Mangsa kemalangan LRT sedang dibawa keluar

Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, mengesahkan kemalangan itu membabitkan perkhidmatan tren LRT bernombor 40 dan 81.
“Pasukan kami sedang menguruskan bantuan dan kerja-kerja menyelamat sekarang. Sila bertenang dan patuhi segala arahan.
Kelana Jaya Line Update: Ladies and gentlemen, we regret to inform that LRT Kelana Jaya line is experiencing an incident, specifically trains number 40 and 81.
All injured passengers have been evacuated to platform. Emergency aid and rescue is ongoing.
— AskRapidKL (@AskRapidKL) May 24, 2021
“Sila bertenang dan patuhi segala arahan.
Kami memohon maaf atas segala kebimbangan dan kerisauan dan pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk memberi bantuan dan mengawal keadaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Media sosial sekitar jam 9 malam tadi gempar apabila beberapa keping gambar muncul menunjukkan sebilangan penumpang LRT cedera di dalam pengangkutan itu.

Dalam pada itu, sebahagian daripada mangsa kejadian kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) dalam terowong berhampiran KLCC sedang dibawa keluar melalui pusat beli-belah Avenue K, di sini.

Sehingga jam 10 malam ini, puluhan ambulans dikejarkan ke lokasi ini bagi membawa mangsa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan hospital berdekatan. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply