Penyanyi tanahair Wany Hasrita atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah telah melancarkan video klip (MV) untuk single terbarunya yang berjudul Pedas.

Menerusi MV tersebut, gadis kelahiran Bagan Datuk, Perak berusia 28 tahun ini tampil lebih ranggi, ‘fresh look’ dan berbeza dari kebiasaannya.

Lagu rancak ini turut menampilkan penyanyi Sophia Liana sebagai pasangan duet.

Untuk rekod, Wany Hasrita telah meraih kejayaan komersial menerusi single sulungnya berjudul “Menahan Rindu”.
Pada tahun 2018, beliau telah merangkul anugerah Bintang Wanita Popular dan Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31.

Buat peminat Wany, jangan lupa saksikan pelancaran single terkini Wani yang lebih segar dan bertenaga ????
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa
tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply