Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAAyda Jebat hamil anak pertama

Ayda Jebat hamil anak pertama

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Berita gembira tersebut dikongsi Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, 29 di laman Instagram peribadinya.

Sebuah video istimewa bertajuk ‘Surprise!’ berdurasi hampir 2 minit memaparkan momen indah perkongsian berita gembira itu dengan suaminya Nabil.

Dalam pada itu, media melaporkan Ayda mengambil sedikit masa untuk mengesahkan kehamilannya biarpun sebelum ini berita tersebut didedahkan oleh pihak lain terlebih dahulu.

“Ramai yang tahu saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memang memerlukan sedikit masa untuk umumkan kepada mereka supaya urusan kerja seperti penggambaran iklan dapat disusun semula.

“Tapi tidak sangka, berita yang keluar tiba-tiba tempoh hari dibuat tanpa meminta izin daripada kami. Jadi apa yang berlaku sebelum ini, jadikan iktibar kalau tuan punya badan tidak izinkan, kena tahu apa kesan yang boleh berlaku,” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat & Nabil Mahir di Hotel The Majestic, Kuala Lumpur malam ini.

Tambah pelantun lagu Parah Parah itu, akibat berita tersebut, dia hampir keguguran kerana terlalu sibuk bekerja demi mengejar jadual padat dengan jenama yang menggunakannya sebagai duta.

“Saya bekerja lebih masa selepas berita tersebut keluar sehingga hampir keguguran. Saya dimasukkan ke wad kecemasan kerana terlalu tertekan.

“Malah usia kandungan saya juga masih belum cukup kuat ketika itu,” katanya lagi.

Ayda dijangka melahirkan anak sulungnya pada Oktober depan.

“Alhamdulillah, semoga semuanya dipermudahkan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik,” katanya.

Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tahniah Ayda & Nabil dari kami di The Malaya Post ! Semoga dipermudahkan segala urusan kalian berdua ????

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments