Kementerian Kesihatan mengesahkan vaksin AstraZeneca selamat digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang kini memasuki pelaksanaan fasa kedua.
Justeru ujar Menteri Kesihatan, Dato’ Sri Dr Adham Baba, menerusi penilaian risiko golongan berusia 60 tahun ke atas akan menjadi penerima terawal.
Setakat 25 April 2021, hanya Denmark sahaja yang menghentikan penggunaan vaksin AstraZeneca manakala 44 dari 91 negara yang meluluskan vaksin ini untuk kegunaan kecemasan telah meneruskan penggunaan vaksin ini dengan syarat-syarat tertentu.
Malaysia pula akan menggunakan vaksin ini untuk warga emas 60 tahun dan ke atas selain vaksin Pfizer dan Sinovac. Ini adalah berdasarkan data-data klinikal daripada negara lain.
Dalam pada itu menurut Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal KKM, Dr Kalaiarasu, kejadian pembekuan darah amat jarang berlaku dan setakat ini tiada bukti saintifik yang mengaitkan kes ini dengan vaksin ini.
“168 kes pembekuan darah telah dilaporkan berbanding lebih 21 juta orang yang telah mengambil vaksin ini di seluruh dunia atau 7.9 bagi setiap sejuta dos,” katanya.
NPRA telah memberi kelulusan bersyarat kepada vaksin ini pada 2 Mac lalu.
“Vaksin ini adalah selamat,” katanya lagi.–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply