Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mencadangkan rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri pada bulan depan ditangguh.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Selain itu, beliau berkata, bazar Ramadan juga akan ditutup jika terdapat kluster jangkitan dipercayai daripada aktiviti bazar.
“Sepertimana kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April ini.
“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan. Program vaksinasi (Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan) pun masih dijalankan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan buku ‘Malaysia Health Sector Response to Covid-19: Perspectives From The Field’, di pejabatnya.
Untuk rekod, Malaysia mencatatkan 1,889 kes Covid-19 semalam (14 April) berbanding 1,767 kes pada Selasa. — THE MALAYA POST.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply