Saturday, November 21, 2026
HomeBERITASenator sifatkan individu pukul pengawal kerana puasa sebagai bangsat

Senator sifatkan individu pukul pengawal kerana puasa sebagai bangsat

Kejadian dua pegawal peribadi dipukul oleh majikannya hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan merupakan provokasi serta penghinaan melampau terhadap kemuliaan Islam.

Demikian kata YB Senator Muhammad Zahid Md Arip.

“Saya menyifatkan majikan tersebut sebagai bangsat. Kes ini adalah cabaran kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador sebelum beliau bersara memandangkan namanya disebut dalam laporan polis yang sudah pun tular di sosial media” katanya dalam satu kenyataan.

YB Muhammad Zahid yang juga ahli dewan negara turut mendesak Ketua Polis Negara sendiri memantau siasatan dan memastikan pelaku mendapat hukuman setimpal dan bukannya sekadar mengheret atau mendakwa mereka ke mahkamah.

“Pada masa yang sama, saya juga mendesak SUHAKAM yang selama ini mendakwa pihaknya sebagai pejuang hak asasi manusia agar mengecam sekeras-kerasnya perbuatan majikan tersebut yang bertindak menghalang, mencederakan dan melakukan ugutan jenayah terhadap pekerja untuk menunaikan hak asasinya sebagai penganut agama Islam, lebih-lebih lagi Islam adalah agama rasmi Persekutuan di negara ini.

“Namun walau sudah gempita isu ini di seluruh negara, saya pelik mengapa SUHAKAM membisu seribu bahasa”, katanya.

Semalam media melaporkan hanya kerana berpuasa di bulan Ramadan, dua pengawal peribadi dipercayai dipukul sehingga cedera dan menerima ugutan bunuh daripada majikan mereka Selasa lalu. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.
https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments