Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA'Isi borang dan lampir dokumen sokongan untuk rentas negeri'

‘Isi borang dan lampir dokumen sokongan untuk rentas negeri’

KUALA LUMPUR : Polis menafikan dakwaan tular menerusi media sosial kononnya individu mahu mendapatkan kebenaran rentas negeri diminta menyertakan jadual perjalanan serta aktiviti.

Lapor Berita Harian, Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata sudah memadai bagi mereka mengisi borang dan mengemukakan butiran serta bukti sahih.

“Isu tular ini sudah dinafikan polis. Tidak perlu tunjukkan bukti aktiviti setiap hari kalau mahu merentas negeri. Cukup berikan dokumen sokongan daripada majikan atau pihak lain berkaitan,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial terutama Facebook kononnya polis mengeluarkan arahan supaya pemohon rentas negeri diwajibkan menunjukkan bukti aktiviti setiap hari.

Ia susulan beberapa laporan selebriti dan personaliti media sosial atau ‘Instafamous’ menyalah guna kebenaran rentas negeri diberi polis.

Maklumat tular itu turut menyebut pegawai polis bertugas perlu memperincikan maklumat pemohon sebelum meluluskan kebenaran berkenaan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara
htpps://m.youtube.com

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments